Selasa, 01 Mei 2012

Penghinaan Terhadap Al-Quran

Penghinaan Terhadap Al-Quran


Penghinaan al Quran
Pada 10 September lepas, Paderi Terry Jones dari the Dove World Outreach Centre di Florida, Amerika Syarikat telah merancang suatu program untuk membakar al-Quran sebagai memperingati tragedi 11 September 2001.
Kebanyakan media massa, laman web, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan paderi tersebut.
Memang patut perkara ini menjadi isu besar bagi mana-mana individu yang beragama Islam di seluruh dunia kerana ianya merupakan satu penghinaan terhadap al-Quran.
Tetapi dalam keadaan yang sama, sedarkah kita bahawa kebanyakan individu Muslim juga menghina al-Quran.
Saya lontarkan beberapa persoalan di bawah :

  1. Rumah anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran.
  2. Berapa banyak bilangan mushaf di rumah anda?
  3. Adakah Mushaf anda kelihatan masih seperti keadaan asal?
SOALAN PERTAMA
Jika anda menjawap soalan tersebut dengan jawapan ya. Alhamdulillah, anda mungkin terlepas dari golongan yang BOLEH DIKATAKAN menghina al-Quran.
Mengapa? Adakah salah jika saya menyatakan bahawa individu yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya 1 mushaf al-Quran dirumahnya adalah individu yang menghina al-Quran?
Bukanlah maksud saya menghina di sini adalah seperti apa yang dicadangkan oleh Paderi Terry Jones. Namun, adakah layak anda digelar Muslim jika tidak mempunyai sebarang mushaf al-Quran di rumah?
Paling tidak pun, mushaf yang diberi semasa hantaran perkahwinan (trend zaman moden).
SOALAN KEDUA
Al Quran Cantik 300x225
Soalan ini pula adalah rentetan daripada persoalan pertama. Alhamdulillah, jika anda mempunyai lebih dari 1 mushaf al-Quran di rumah. Maka, sudah pasti anda seorang yang prihatin terhadap al-Quran.
Katakan jika isi rumah anda adalah seramai 3 orang. Setiap seorang mempunyai al-Quran mereka sendiri (tidak termasuk Muqaddam dan buku Iqra’).
Betapa cantik dan indahnya sekiranya setiap isi rumah mempunyai mushaf tersendiri.
Tidakkah anda merasa malu jika hanya berkongsi sebuah mushaf al-Quran dengan isi rumah seramai 13 orang??? Sedangkan setiap isi rumah mempunyai sebuah kereta dan komputer peribadi sendiri???
Kini, ramai yang mempunyai hobi suka mengumpul koleksi mushaf al-Quran. Bagus jika ianya digunakan dan dibaca.
Apa yang mendukacitakan ialah mushaf al-Quran tersebut hanya sekadar koleksi hiasan dan pameran sahaja di rumah. Bukan untuk dibaca…!!
SOALAN KETIGA
Usang
Soalan ini juga mempunyai kaitan terhadap soalan sebelum ini. Bagus dan tahniah diucapkan jika anda mempunyai sekurang-kurangya 1 mushaf al-Quran di rumah.
Begitu juga tahniah dan syabas diucapkan kepada golongan yang mempunyai yang mempunyai bilangan mushaf yang banyak di rumahnya.
Namun, persoalan yang lebih penting dan kemuncak kepada ketiga-tiga pertanyaan ini adalah jawapan kepada soalan ketiga ini.
Jika anda menjawab bahawa mushaf yang kepunyaan anda di rumah sudah lusuh dan “kembang” (bukan sebab kembang kerana terkena air hujan). Maka, saya yakin dan percaya, anda pasti membaca sekurang-kurangnya 5 kali sehari mushaf tersebut (dengan andaian sehelai setiap kali selepas solat 5 waktu).
Mushaf al-Quran yang selalu dibaca dan digunakan akan mempunyai tanda dan kesannya. Janganlah anda berlagak mengatakan “saya banyak baca al-Quran” sedangkan mushaf al-Quran yang anda pegang dan gunakan seolah-olah baru sahaja dibeli semalam.
Kadang-kadang, saya merasa sedih dan dukacita melihat mushaf al-Quran yang diwaqafkan di masjid-masjid dan surau-surau kerana ianya tidak mempunyai langsung tanda-tanda digunakan.
Sekiranya individu yang mewaqafkan mushaf tersebut mengetahuinya. Sudah pasti beliau akan mewaqafkan mushaf tersebut ke masjid-masjid dan surau-surau yang lebih memerlukan.
KESIMPULAN
Jangan berbangga dan bermegah-megah dengan mushaf yang banyak di rumah. Boleh jadi, ianya merupakan 1 penghinaan terhadap al-Quran.
Seperti yang saya katakan tadi. Kadang-kadang kita terlebih emosi melihat tindakan kuffar dan golongan yang benci terhadap Islam. Namun dalam keadaan yang sama, kita sendiri tidak sedar bahawa kita menghina al-Quran.
545651E8062E086533AE763517E5D958

Tidak ada komentar:

Posting Komentar